Gempa bermagnitud 7.5 di Alaska

Anchorage: Gempa bermagnitiud 7.5 menggegar perairan selatan Alaska di Amerika Syarikat.

Agensi berita Xinhua melaporkan gempa berlaku pada 4.54 pagi waktu Beijing.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), gempa berpusat pada 54.74 darjah utara dan 159.75 darjah barat, pada kedalaman 40 kilometer.