Gempa bumi kuat 6.9 di Indonesia

Jakarta: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 di luar persisir pantai Sulawesi Selatan.

Berdasarkan Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa berpusat 220 kilometer (km) dari selatan Katabu, Sulawesi dan pada kedalaman 600 km.

Gempa bumi bawah dasar laut turut dirasai beratus kilometer dari pusat gempa di Laut Banda itu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan pihak berkuasa.

Setakat ini, tiada amaran tsunami.

Dalam pada itu, wartawan AFP di Kupang yang terletak di selatan pusat gegaran berkenaan berkata, gempa menyebabkan banyak bangunan bergegar.

Ia turut menyebabkan penduduk yang panik bertempiaran keluar dari bangunan.

Pada 2018, gempa bumi bermagnitud 7.5 menyebabkan tsunami melanda pulau Sulawesi.

Ia menyebabkan lebih 4,300 orang maut dan dilaporkan hilang.

Pada 2004, gempa bumi di luar pantai Sumatera menyebabkan tsunami yang menyebabkan 220,000 orang kehilangan nyawa.

Daripada jumlah mangsa yang terkorban, 170,000 orang daripadanya adalah penduduk Indonesia.