Gempa bumi kuat di Samar, Filipina

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.6 di Samar, Filipina pada 8.03 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di kedudukan 51 kilometer barat dari Calbayog City, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.