Gempa bumi sederhana di Selat Sunda

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 berlaku di Selat Sunda, Indonesia pada 7.27 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya menyebut gempa itu berlaku di kedudukan 191 kilometer barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia pada kedalaman 72 kilometer.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.