Ghana ampun 794 banduan

BERNAMA

Abuja (Nigeria): Ghana mengampunkan 794 banduan Khamis lalu, sebagai usaha mengekang penularan pandemik Covid-19, lapor Agensi Anadolu.

Menurut kenyataan oleh Perkhidmatan Penjara Ghana, banduan diberi pengampunan selepas mendapat persetujuan Presiden Nana Akufo-Addo.

Mereka terdiri daripada yang ditahan pertama kali, mempunyai penyakit serius dan berusia 70 tahun ke atas, kata kenyataan itu.

Sebelum ini, seramai 808 banduan turut diberi pengampunan sebagai langkah menangani penularan Covid-19 di negara itu.

Ghana melaporkan 18,134 kes dan 117 kematian, dengan 13,550 sembuh.

Pandemik itu sudah mengorbankan 520,000 nyawa di 188 negara dan rantau.