Guna anjing kesan Covid-19?

Santiago: Polis Chile melatih anjing untuk mengesan individu yang dijangkiti Covid-19 hanya dengan menghidu bau peluh manusia.

Tiga anjing itu adalah baka golden retrievers dan seekor lagi, spesies labrador, berusia antara empat dan lima tahun.

Sebelum ini, anjing berkenaan digunakan untuk mengesan penyeludup dadah, bahan letupan dan orang hilang.

Program latihan itu dikendalikan bersama oleh polis dan pakar dari Universiti Katolik Chile.

Anjing mempunyai 330 juta reseptor deria bau dan boleh menghidu 50 kali lebih baik berbanding manusia.

Ia juga boleh menghidu 250 orang dalam masa sejam.

“Virus ini tidak mempunyai bau, tetapi jangkitan akan menyebabkan perubahan metabolisma. Ia seterusnya menghasilkan bau peluh berlainan yang boleh dikesan oleh anjing,” kata profesor epidemiologi veterinar, Fernando Mardones.

Menurut polis, ujian di Eropah dan Dubai menunjukkan 95 keberkesanan pengesanan Covid-19 menggunakan anjing.

Selain itu, Medical Detection Dogs iaitu pertubuhan kebajikan ditubuhkan pada 2008 menunjukkan bahawa anjing mempunyai deria bau yang tajam untuk mengesan penyakit manusia.

Ia juga sudah mula melatih anjing bagi tujuan berkenaan, sejak akhir Mac lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19