Guna unta seludup ganja

Rabat: Polis Maghribi pada Khamis berkata, pihaknya rampasan satu tan kanabis (ganja) yang diletakkan di atas bonggol unta di selatan negara itu.

Ketika kejadian, unta itu bergerak tanpa kawalan manusia.

Susulan kejadian, seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas pihak berkuasa mendapati 10 unta berkenaan membawa dadah terbabit.

Pada Rabu lalu, pihak berkuasa merampas hampir dua tan ketulan mampat ganja yang ditanam di satu lokasi di pasang pasir, di Laayoune, kawasan yang dikuasai oleh Maghribi di Sahara Barat.

Ia ditemui susulan penahanan sebuah trak yang membawa dua bot boleh kembung dan empat enjin yang disyaki digunakan untuk pengedaran dadah.

Maghribi adalah antara negara pengeluar ganja terbesar dunia, meskipun pihak berkuasa sudah merampas 180 tan dadah itu, pada tahun lalu.