Hamil selepas 50 tahun

Muscat: Sebanyak 35 bayi dilahirkan oleh wanita berusia lebih 50 tahun di Oman, pada tahun lalu.

Pusat Statistik dan Maklumat Kebangsaan negara itu melaporkan bahawa daripada jumlah itu, 26 bayi itu dilahirkan oleh wanita tempatan.

Daripada 26 bayi itu pula, 12 adalah bayi perempuan, manakala 14 lagi adalah bayi lelaki.

Ibu bukan warganegara pula direkod melahirkan sembilan bayi dengan masing-masing seorang perempuan, manakala bakinya adalah lelaki.

Secara keseluruhan, 86,819 bayi dilahirkan di Oman pada tahun lalu dengan 42,458 daripada jumlah itu adalah perempuan, manakala selebihnya adalah lelaki.

Oman, sebuah negara Arab yang terletak di lokasi strategik di Teluk Parsi kini memiliki 4.5 juta

penduduk.

Ia menyumbang kepada 0.58 peratus penduduk dunia.