Hampir 6 juta kes Covid-19 di AS

Washington: Kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) menghampiri enam juta pada Ahad, hampir satu perempat daripada jumlah penduduk dunia.

Jangkitan di peringkat global meningkat sehingga 2 juta, ketika banyak negara memperketatkan sekatan untuk menyekat krisis kesihatan yang menghuru-harakan kehidupan manusia.

Secara kasar, sejuta kes dikesan di seluruh dunia setiap empat hari sejak pertengahan Julai, berdasarkan maklumat diperoleh AFP, dengan India merekodkan kes tertinggi dalam tempoh satu hari pada Ahad, iaitu 78,761 kes.

Negara paling teruk terkesan, AS merekodkan 5.99 juta kes, menurut maklumat dari Johns Hopkins University’s.

Sementara kematian mencecah 183,000.

AS merekodkan lima juta kes tiga minggu lalu, hanya dalam tempoh 17 hari selepas mencatatkan empat juta kes, menurut maklumat itu.

Di Amerika Latin, wilayah paling teruk dilanda pandemik ini, masih bertarung dengan gelombang pertama, dengan 120,000 kematian akibat Covid-10 di Brazil, tempat kedua selepas AS.

Hampir 855,000 rakyat di seluruh dunia maut akibat Covid-19.

Memandangkan vaksin atau rawatan berkesan belum ditemui, kerajaan terpaksa melaksanakan penjarakan sosial dan perintah berkurung atau sekatan untuk mengekang penularan pandemik ini.

Malah, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan dari Isnin ini bagi pengguna pengangkutan awam dan penerbangan di New Zealand, yang sebelum ini bebas kes Covid-19 dalam tempoh 100 hari, sebelum kluster baru wujud.

Usaha mengekang virus ini turut diperketatkan di Korea Selatan susulan kemunculan kluster baharu, termasuk di Seoul, yang mempunyai separuh daripada populasi di negara berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19