Hampir seabad tak potong rambut

NEW DELHI: Penutupan kedai gunting dan salun dandanan sewaktu perintah kawalan pergerakan menyebabkan ramai lelaki tidak berpeluang memotong rambut mereka.

Namun, lain pula kisahnya dengan seorang lelaki berusia 95 tahun dari Karnataka, India yang memilih tidak memotong rambutnya hampir seabad.

Keadaan itu menyebabkan Doddapallilah yang berasal dari daerah Molakalmuru, Chitradurga mengikat rambutnya bagi membolehkannya bergerak apabila panjang rambutnya kini berukuran 7.3 meter.

Berdasarkan rakaman video yang tular, Doddapalliah mengakui tidak pernah menggunting rambutnya.

Malah, Doddapalliah lebih rela meminta bantuan orang lain menggulung rambutnya daripada mengguntingnya.

Menerusi rakaman video itu juga, Doddapalliah menahan kesakitan sewaktu beberapa orang membuka dan mengikat rambutnya.

Rambut lelaki itu seperti tidak pernah dicuci kerana strukturnya yang tebal dengan gaya dreadlock.