Hampir seluruh wilayah Indonesia catat kes Covid-19

Jakarta: Selepas tujuh bulan berdepan virus Covid-19, Indonesia terus mencatatkan angka jangkitan baharu melebihi angka 4,000 setiap hari dengan jumlah 4,007 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 mencecah 299,506 sejak kes pertama dicatatkan Mac lalu.

Kompas melaporkan, sehingga kini, jumlah kematian akibat Covid-19 di Indonesia berjumlah 11,055 orang.

Malah, laporan juga menyatakan bahawa 96 peratus wilayah di Indonesia sudah mencatatkan kes jangkitan virus ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19