Hangar lapangan terbang terbakar

Brussels: Kebakaran besar berlaku di sebuah hangar di lapangan terbang di bandar Liege, lapor agensi berita Sputnik

Media tempatan melaporkan kejadian itu menyebabkan kerosakan serius tetapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kehilangan nyawa.

Bagaimanapun, tiga pesawat terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang lain.

Setakat ini, tiada laporan yang menyatakan sama ada terdapat pesawat yang disimpan di hangar berkenaan.

Selain itu, punca kejadian juga masih belum dikenal pasti.