Hasil ujian AZD7442 dapat dilihat akhir tahun

LONDON: Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengumumkan bahawa ia sudah memulakan ujian klinikal terhadap bahan yang direka untuk menghalang jangkitan dan merawat individu dijangkiti Covid-19.

Bahan berkenaan yang diberi nama AZD7442 adalah kombinasi dua antibodi dan sedang diuji ke atas 48 individu sihat berusia antara 18 dan 55 tahun.

Naib Presiden Eksekutif, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunannya, Mene Pangalos berkata, ujian berkenaan adalah pencapaian penting kombinasi antibodi yang dihasilkan ini.

“Percubaan ini akan membantu menilai keselamatan ubat dan digunakan untuk mencegah penyakit dan menghentikannya daripada terus berkembang kepada pesakit yang sudah dijangkiti.

“Hasil dari percubaan ini dijangka dapat dilihat pada akhir tahun ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19