Hotel runtuh, empat terbunuh

Sanaa: Empat terbunuh, tiga lagi cedera selepas sebuah hotel di daerah bersejarah ibu negara Yaman runtuh, lapor media tempatan.

AFP melaporkan kejadian membabitkan hotel Thuraya iaitu bangunan empat tingkat yang dibina dengan reka bentuk bumbung tradisional.

Punca kejadian masih belum diketahui tetapi penduduk berkata bangunan berkenaan sudah lama dan hujan lebat melanda bandar ini, sejak empat hari lalu.

Pasukan perubatan memberitahu AFP pihaknya menemui empat mayat di celah runtuhan dan tiga mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.

Sanaa kini dikuasi oleh pemberontak Houthi disokong Iran yang menguasai bandar itu dan kawasan utara.

Kumpulan itu terbabit dalam perang saudara yang sudah berlarutan lima tahun dengan kerajaan dan tentera gabungan diketuai Arab Saudi.