Hurikan Isaias badai Carolina

Washington: Hurikan Isaias melanda Carolina Utara, Amerika Syarikat pada Isnin malam menyebabkan banjir selain merosakkan kediaman, lapor agensi berita Xinhua.

Isaias kategori satu itu mendarat dekat Pantai Ocean Isle, dengan kelajuan angin maksimum kira-kira 136.8 kilometer sejam, menurut media tempatan.

Amaran hurikan dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Carolinas dan amaran ribut tropika di Florida sehingga ke New England, menurut ABC News.