Ibu hamil dapat penutup muka dan hidung tercemar

Tokyo: Kira-kira 300,000 penutup muka dan hidung yang dibekalkan oleh kerajaan Jepun untuk wanita hamil didapati rosak dan tercemar.

NHK Japan melaporkan, kerajaan mula mengedarkan penutup muka dan hidung untuk orang awam sejak 14 April lalu dengan jumlah 500,000.

Kementerian kesihatan mendedahkan, 80 pihak berkuasa tempatan membuat aduan mengenai penutup muka dan hidung yang diterima kelihatan kotor dan ada yang turut dicemari habuk serta rambut.

Kementerian berkata, ia mendapatkan penutup muka dan hidung dari beberapa syarikat dan ia akan diganti dengan yang lebih berkualiti.

Difahamkan, syarikat pembekal akan menyelesaikan masalah itu.

Malah, syarikat sama akan membekalkan penutup muka dan hidung yang baru untuk semua kediaman serta perlu menjalankan pemeriksaan visual.

Kerajaan Jepun membekalkan setiap kediaman dengan dua penutup muka dan hidung yang boleh dibasuh dan diguna semula pada kos AS$430 juta.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19