Ibu tak guna!

Miami: Akibat terlalu khayal selepas mengambil dadah, seorang ibu muda di Florida, Amerika Syarikat (AS) tidak menyedari bahawa dia meninggalkan bayinya di dalam kereta di luar sebuah rumah.

Akibatnya, anak perempuannya yang berusia dua bulan itu meninggal dunia selepas terlalu lama ditinggalkan di dalam kenderaan itu.

Pada masa kejadian, mangsa ditinggalkan tanpa pengawasan ketika suhu panas mencecah 32 darjah Celsius, selama hampir empat jam.

Seorang saksi memberitahu polis, dia melihat Megan Dauphin, 30, melakukan ‘sesuatu’ di atas katil di kediaman itu sebelum bertanyakan lokasi bayi perempuannya, McKinley Garner.

Tersentak dengan soalan berkenaan, Dauphin kemudian menyedari bahawa bayinya masih di dalam kenderaan di luar rumah dan pergi mendapatkan anak perempuannya.

McKinley disahkan meninggal dunia walaupun bantuan pernafasan diberikan pasukan paramedik yang dipanggil ke lokasi kejadian.