Ili Lewotolok meletus, aliran lava mungkin berlaku

Jakarta: Gunung Ili Lewotolok meletus dan menghamburkan debu sehingga 4 kilometer ke udara, menyebabkan amaran penerbangan dan lapangan terbang tempatan dihentikan operasi.

Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini.

Namun, pihak berkuasa menaikkan amaran status gunung berapi ke tahap kedua tertinggi dan meminta penduduk berwaspada terhadap kemungkinan aliran lava.

Zon larangan dua kilometer di sekitar kawah juga diperluas hingga empat kilometer, sementara penerbangan disarankan untuk menjauhi daerah itu ketika abu gunung berapi meliputi lapangan terbang Wunopitu Nusa Tenggara Timur, yang ditutup sementara.

“Orang ramai disarankan untuk tidak melakukan kegiatan dalam radius empat kilometer dari kawah,” kata agensi geologi Indonesia.

Indonesia memiliki sekitar 130 gunung berapi aktif kerana posisinya di Lingkaran Api plat tektonik yang mengelilingi Lautan Pasifik di mana aktiviti seismik sering berlaku.

Pada akhir 2018, gunung berapi di selat antara pulau Jawa dan Sumatera meletus, menyebabkan tanah runtuh di bawah laut hingga mengakibatkan tsunami yang mengorbankan lebih dari 400 orang.