India lanjut perintah berkurung

New Delhi: India melanjutkan tempoh perintah berkurung hingga 3 Mei depan.

Perdana Menteri Narendra Modi ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan itu diambil selepas tempoh perintah berkurung semasa selama tiga minggu bakal berakhir tengah malam ini.

“Dari perspektif ekonomi, kita harus bayar dengan harga tinggi.

“Tetapi, nyawa orang ramai di India jauh lebih bernilai,” katanya dalam pengumuman khas di seluruh negara itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19