Indonesia catat 26 kematian hari ini

INDONESIA mencatatkan 375 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini dengan 26 kematian.

Jurucakap kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 kini mencecah 7,135 dengan 616 kematian.

Liputan6 melaporkan, sehingga kini 842 pesakit disahkan sembuh dan Indonesia sudah menjalankan ujian ke atas lebih 46,700 individu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19