Indonesia catat 407 kes baharu

Jakarta: Indonesia mencatatkan pertambahan 407 kes baharu Covid-19, setakat hari ini, lapor Liputan6.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto berkata, data terbaharu itu menjadikan angka kes positif pandemik itu mencecah 5,923 di seluruh negara.

“Jumlah mangsa yang maut juga bertambah 24 kes menjadikan semuanya 520 orang setakat hari ini.

“Manakala bilangan pesakit sembuh mencecah 59 orang menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 607 orang,” katanya mengumumkan data terbaharu itu di Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) hari ini.

Yurianto turut mengingatkan masyarakat menjaga jarak sosial lebih dua meter, amalan mencuci tangan dengan betul serta kekal aktif ketika menjalani perintah berkurung di rumah masing-masing.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19