Indonesia catat penurunan kes baharu Covid-19

Singapura/Jakarta: Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Singapura meningkat kepada 33,860 kes dengan pengesahan 611 kes baharu.

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan dipetik portal Channel News Asia mengesahkan situasi wabak di republik itu yang kini meragut 23 nyawa.

Sementara itu, memetik Kompas.com, jurucakap pemerintah dalam pengurusan Covid-19, Achmad Yurianto mengesahkan Indonesia merekodkan 557 kes baharu, menurun berbanding 678 kes direkodkan semalam.

Ia menjadikan keseluruhan kes mencecah kepada 25,773 dengan 1,573 angka kematian setakat ini.