Indonesia hampiri 10,000 kes Covid-19

Jakarta: Indonesia mencatatkan 260 kes positif Covid-19 setakat jam 12 tengah hari tadi.

Jumlah kes terbaru itu membawa kepada kess keseluruhan jangkitan kepada 9,771 orang.

Jurucakap kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, jumlah pesakit yang maut kini 784 orang dengan penambahan 11 kematian hari ini.

Menurutnya, 1,391 kes yang dirawat sebelum ini sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

“Kini, sebanyak 89 makmal digunakan untuk menguji sampel yang diambil,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19