Israel bedil kedudukan tentera Hamas

Semenanjung Gaza: Israel membedil kedudukan tentera Hamas di utara di sini, pada Khamis.

Agensi berita Anadolu yang memetik laporan media tempatan berkata, pesawat udara rejim itu dilihat menyasarkan Briged Izz ad-Din al-Qassam iaitu sayap ketenteraan Hamas.

Bagaimanapun, setakat ini, Kementerian Kesihatan Palestin tidak melaporkan sebarang kemalangan jiwa.

Sistem penyiaran Israel hanya menyebut tentera Isreal menggempur sasaran ketenteraan di Gaza.

Dalam pada itu, media tempatan Isreal, Hareetz mendakwa serangan Tentera Udara Israel itu menyasarkan kemudahan bawah tanah di sini.

Laporan itu yang memetik kenyataan tentera Isreal mendakwa ia sebagai tindak balas terhadap belon yang mengandungi bahan letupan yang diterbangkan dari kawasan berkenaan pada awal Khamis