Israel sasar kedudukan Hamas di Gaza

Gaza: Israel melakukan serangkaian serangan udara pada awal pagi Jumaat di Semenanjung Gaza yang disekat untuk menggugat kedudukan Hamas, lapor Agensi Anadolu, memetik tentera Israel.

“Setelah serangkaian roket ditembak ke Israel dari Gaza awal malam ini, Tentera Udara kami baru saja menyerang sebuah markas tentera Hamas yang digunakan untuk pembuatan peluru roket di Gaza sebagai tindak balas,” ciapnya di Twitter.

Tiada maklumat mengenai korban diberikan.

Tentera Israel sudah meningkatkan serangannya di Gaza, sejak seminggu lalu di samping memperketat larangan membawa masuk bahan bakar untuk satu-satunya penjana kuasa tenaga elektrik di Gaza, mengakibatkan wilayah Palestin bergelap.

Dikatakan juga, serangan itu dilakukan sebagai tindakan balas ke atas pelancaran belon api dari Gaza.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelumnya mengingatkan Hamas bahawa Israel menganggap setiap belon api adalah peluru berpandu.