Israel serang kem tentera Hamas di Gaza

REJIM Israel melancarkan siri serangan udara hari ini di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

“Pesawat perang Israel mensasarkan beberapa tempat di Gaza termasuk sebuah kompleks milik sayap tentera Hamas,” kata jurucakap tentera Israel Avichay Adraee dalam satu kenyataan.

Menurut saksi kejadian, sekurang-kurangnya dua serangan udara mensasarkan markas Briged Izz ad-Din al-Qassam di tenggara Gaza.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan buat masa ini, manakala beberapa kediaman mengalami kerosakan.