Jangan kira kertas undi lewat sampai – Trump

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata, setiap kertas undi yang diserahkan selepas hari pengundian 3 November tidak perlu dikira, walaupun peraturan di beberapa negeri membenarkan pengiraan dibuat kemudian.

“SEBARANG UNDI YANG SAMPAI SELEPAS HARI PENGUNDIAN TIDAK PERLU DIKIRA!,” kata Trump di Twitter, lapor agensi berita Sputnik.

Sejurus beberapa minit kenyataan itu dimuat naik, Twitter melabelkan ia sebagai maklumat mengenai pilihan raya yang mengelirukan.