Jet pejuang AS terhempas

SEBUAH jet pejuang Viper F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat terhempas ketika mendarat di pangkalan Tentera Udara Holloman di New Mexico pada petang Isnin, menyebabkan juruterbangnya cedera, lapor agensi berita Xinhua.

“Pesawat itu terhempas semasa mendarat di Holloman AFB. Juruterbangnya berjaya menyelamatkan diri dan mengalami cedera ringan, kini sedang dirawat akibat kecederaan ringan,” memetik kenyataan yang dimuat naik di laman web Tentera Udara Holloman.

Pasukan tindak balas kecemasan masih berada berada di tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kejadian.