Joe Biden lawan Trump

BEKAS Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden secara rasmi memenangi pencalonan presiden Parti Demokrat menerusi undian perwakilan di konvensyen kebangsaan parti itu pada Selasa, lapor agensi berita Sputnik.

Biden memperoleh 3,558 undian secara ‘roll call’ pada konvensyen yang dillangsungkan di Milwaukee, Wisconsin secara maya berikutan pandemik.

Calon memerlukan 1,991 undi perwakilan untuk menang sebagai calon presiden dan kemenangan berada di pihak Biden sejak peringkat awal lagi apabila Senator Bernie Sanders tersingkir.