Jumpa bayi, penumpang wanita diperiksa

Doha: Seorang bayi yang baru dilahirkan dijumpai ditinggalkan di dalam tandas di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, di sini.

Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan masih bernyawa.

Bagaimanapun, BBC melaporkan bahawa identiti bayi itu masih belum dikenal pasti.

Susulan kejadian, pihak berkuasa lapangan terbang serta-merta menggerakkan usaha untuk mengesan wanita yang meninggalkan bayi berkenaan.

Ia termasuk mengarahkan 13 penumpang warga Australia yang menaiki pesawat untuk ke Sydney menaiki ambulans untuk ke tarmac dan menjalani pemeriksaan.

Ia bagi mengenal pasti sama ada antara mereka yang mempunyai tanda baru bersalin.

Sementara itu, media asing termasuk di Australia menyelar tindakan pihak berkuasa lapangan terbang yang melakukan pemeriksaan terhadap penumpang wanita berkenaan.

AFP melaporkan Kerajaan Australia mendakwa pemeriksaan berkenaan sangat tidak sopan dan melampau.