Jurusolek ajar teknik ilusi imej muka kecil

New Delhi: Seorang YouTuber dan jurusolek menggunakan alat kosmetik untuk menghasilkan ilusi imej kecil pada hidung.

Memetik portal India Today, Jamie French memanfaatkan masa kuarantinnya dengan mengadakan tutorial solekan di media sosial.

Dia melukis imej muka kecil di atas hidungnya yang memberikan hasil ilusi sempurna semasa memakai pelitup muka.

French menyertai Cabaran Solekan Muka Kecil apabila dia memanfaatkan kreativitinya melukis hidung kecil dan mulut untuk melindungi mulutnya.

Video tutorial solekan itu menampilkan langkah demi langkah bagaimana menghasilkan penampilan sepertinya.

Selepas memuat naik video itu, ia menjadi tular dan meraih jutaan kali tontonan.

Ramai lagi blogger kecantikan di YouTube yang mengikuti French dalam mencuba teknik solekan sama.

Orang ramai semakin kreatif dalam fesyen pemakaian pelitup muka yang menjadi kepentingan dalam normal baharu ketika pandemik Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19