Kalau belum ajal…

California: Kalau sudah belum ajal. Itu yang dapat menggambarkan kisah seorang lelaki warga emas yang diselamatkan selepas terkandas selama 40 jam di kawasan gurun di taman negara di sini.

Ia selepas Robert Ringo 67, terjatuh sehingga kakinya patah ketika melakukan aktiviti pendakian mendaki berhampiran Gunung Quail di Taman Negara Joshua Tree di sini, baru-baru ini.

Dalam kesakitan, Ringo hanya menjerit untuk meminta pertolongan kerana kawasan itu tidak mempunyai liputan komunikasi.

Dia membawa dua liter air tetapi ia tidak cukup untuk menghilangkan dahaga dalam cuaca yang panas di gurun.

Lelaki turut menemui beberapa tumbuhan tetapi tidak memakannya.

Merasakan ajalnya mungkin tiba, lelaki itu merakam video pengalamannya selepas mengalami kecederaan itu.

“Saya cuba bangun dengan perlahan-lahan dan akhirnya berjaya. Namun, kesakitan dialami ketika itu amatlah luar biasa,” katanya seperti yang dilaporkan CNN.

Menyedari kehilangannya, keluarga Ringo melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Susulan itu, usaha mencari mangsa digerakkan.

Misi pencarian berdasarkan lokasi terakhir yang dikirim Ringo kepada anaknya sebelum memulakan pendakian.