Kambing biri-biri ‘takluk’ bandar

Ankara: Haiwan kini seakan meraikan ketiadaan manusia yang menjalani perintah berkurung kerana Covid-19 dengan ‘menakluk’ bandar pesisir Samsun, dekat sini pada Ahad.

Gambar dan video ratusan ekor kambing biri-biri dirakam memenuhi kawasan bandar pesisir itu pada malam, dimuat naik ke laman sosial sebelum dikongsi ramai.

Mirror.co.uk melaporkan, wartawan Middle East Eye, Ragip Soylu memuat naik video di Twitter miliknya menunjukkan haiwan itu berjalan memenuhi jalan raya yang kosong sementara sebahagian yang lain meragut rumput.

“Kawanan kambing biri-biri menakluki bandar Samsun malam tadi ketika perintah berkurung dilaksanakan,” ciapnya di Twitter.

Keadaan sama pernah dilihat di kota Welsh pada Mac lalu dengan kambing biri-biri dirakam ‘menakluk’ bandar pinggir pantai Llandudno, Wales.

Haiwan ini pertama kalinya dikesan berkeliaran di tempat umum pada 27 Mac lalu di Trinity Square, United Kingdom.

Untuk rekod, Tukri kini 126,045 kes Covid-19 dengan 3,397 kematian.