Kantoi rosakkan patung 200 tahun

Rome: Tindakan seorang pelancong Austria yang merosakkan patung bersejarah ketika mengambil gambar dikenal pasti selepas meninggalkan maklumat peribadi sebagai peraturan baharu memasuki muzium itu akibat Covid-19.

Aksi lelaki berusia 50 tahun yang sibuk bergambar di hadapan arca itu dirakam kamera litar tertutup Muzium Gipsoteca di Possagno, Itali menyebabkan tiga jari kaki arca patung wanita itu rosak.

Lelaki itu memakai kemeja-T hijau terang dan seluar pendek hitam dilihat sempat meninjau bahagian kaki arca berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengaku apa yang dilakukannya kemudian berjalan-jalan santai dan melarikan diri.

Pencinta sejarah yang marah arca itu dirosakkan menuntut supaya lelaki itu dikenakan tindakan.

Arca patung Paolina Bonaparte berusia 200 tahun itu adalah karya Antonio Canova.

Penyiasat memberitahu CNN kemungkinan ada kerosakan lebih lanjut pada patung itu yang memerlukan kepakaran daripada pihak muzium.

Presiden Yayasan Antonio Canova, Vittorio Sgarbi menulis di Facebooknya bahawa lelaki itu perlu dikenakan hukuman dan tidak dibenarkan kembali ke tanah airnya. – Agensi