Kanye West miliki kekayaan berjumlah RM5.7 bilion

Washington: Penyanyi Rap terkenal, Kanye West kini menjadi jutawan, terima kasih kepada kasut bola keranjang yang mempunyai namanya atas kolaborasi dengan Adidas, lapor majalah Forbes.

Jumlah kasar kekayaan suami kepada bintang program realiti Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian itu kini berjumlah AS$1.3 bilion (RM56.6 bilion)

Forbes mengumumkan pemuzik itu kini termasuk dalam senarai individu yang bernilai sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.4 bilion).

Kasut Adidas Yeezy sering dijual dengan harga lebih dari AS$200 (RM872) sepasang di Amerika Syarikat dan di tempat lain.

West sebelum ini bekerjasama dengan jenama Nike sebelum berkolaborasi dengan Adidas pada 2015.

Forbes melaporkan, West sudah bertahun-tahun menekan majalah itu untuk disenaraikan sebagai salah seorang terkaya tetapi ditolak berikutan kekurangan bukti.

Sebahagian besar kekayaan West adalah dari hartanah yang dimilikinya.

West adalah penyanyi rap Amerika kedua yang memasuki senarai Forbes selepas Jay-Z.