Karya serangga mati

Amsterdam: Kebolehan luar biasa lelaki dari Belanda, Cedric Laquieze mencantumkan pelbagai bahagian serangga mati untuk mencipta patung pari-pari menarik perhatian ramai.

Portal Oddity Central melaporkan walaupun dilihat menakutkan namun kreativiti lelaki ini menjadikan Instagramnya antara kerap dikunjungi netizen.

Cedric mencipta beratus-ratus pari-pari serangga yang unik dengan menyatukan bahagian serangga yang saling melengkapi dari segi warna dan tekstur sejak 20 tahun lalu.

Dia mengumpulkan spesimen serangga mati yang diberikan kepadanya oleh pemilik dan penternak serta membelahnya dan kemudian menampalkan pelbagai bahagian antaranya cengkerang, kaki, antena, sayap bersama-sama untuk membuat pari-pari yang luar biasa.