Kejamnya…

Islamabad: Seorang lelaki di Pakistan tergamak meracun isterinya kerana mangsa tidak bersetuju untuk hidup bermadu.

Malah, suspek mendapat bantuan ibunya untuk melakukan perbuatan berkenaan.

Portal Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan, susulan kejadian, wanita berkenaan meninggal dunia.

Media tempatan melaporkan, suspek dikenal pasti sebagai Mohsin Hayat dan sudah berkahwin dengan mangsa bernama Aniqa sejak lapan tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan dan seorang lelaki.

Berdasarkan laporan polis dibuat bapa saudara mangsa, Nawazish, insiden itu berlaku di kawasan Kot Ismail dekat pinggir bandar Chiniot.

Mohsin kemudian berniat untuk berkahwin dengan dengan seorang wanita dari bandar berkenaan.

Bagaimanapun, isterinya tidak mahu cadangan lelaki berkenaan.

Ia menyebabkan Mohsin membuat isteri meminum air beracun dengan bantuan ibu serta rakan yang tidak dikenali.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan tindakan Mohsin yang ingin berkahwin satu lagi sering kali menyebabkan pasangan itu bergaduh.

Lelaki itu juga dikatakan mendera isterinya secara fizikal.