Kekasih anak Trump positif Covid-19

Washington: Teman wanita kepada anak Presiden Donald Trump disahkan positif Covid-19.

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan ia selepas Kimberly Guilfoyle, 51 yang juga bekas personaliti Fox News menjalani ujian saringan.

Ujian berkenaan dilakukan kepada individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan Trump.

Kimberly sebelum ini menemui presiden ketika sambutan 4 Julai bagi meraikan kemerdekaan AS dan pertunjukan bunga api di Gunung Rushmore.

Wanita itu adalah kekasih kepada Donald Trump Jr.

Lelaki itu anak sulung kepada Trump dengan bekas isterinya, Ivana.