Keputusan di Pennsylvania dijangka Jumaat

Washington: Setiausaha Negeri Pennsylvania Kathy Boockvar dalam sidang akhbar berkata, persaingan presiden Amerika Syarikat sangat rapat untuk diisytiharkan pemenang, tetapi keputusan akhir dijangkakan pada Jumaat, lapor agensi berita Sputnik.

“Ia sangat rapat di Pennsylvania dan ini bermakna akan memakan masa lebih lama untuk siapakah pemenangnya … Sebahagian besar undi akan dikira pada Jumaat,” kata Boockvar pada Khamis malam.

Pennsylvania mempunyai 20 undi elektoral dipercayai penyumbang penting dalam keputusan pilihan raya presiden 2020.