Kereta kotor, remaja tak dapat ambil ujian memandu

Richmond: Hanya kerana keretanya kotor, seorang remaja di Virginia, Amerika Syarikat dilarang daripada mengambil ujian memandu.

Leo Sargent, kecewa selepas tenaga pengajar di pusat memandu di Peachman Way, Norwich, membatalkan ujian itu atas alasan keretanya kotor dengan lumpur.

Menurut ibunya, Jane Sargent, 55, dia sudah mencuci kenderaan model Ford Fiesta berusia 14 tahun itu, 4 Disember lalu sebelum ke pusat terbabit.

“Memang ada sedikit lumpur pada bahagian bawah kenderaan apabila kami tiba di pusat itu, tetapi ia tidak dapat dielakkan kerana kami tinggal di ladang.

“Saya sempat merayu kepada tenaga pengajar itu untuk membersihkan semula kereta itu, tetapi mereka tetap membatalkan ujian itu,” katanya.

Katanya, dia meminta pemulangan yuran ujian memandu bernilai 62 Pound Sterling (RM337), namun tidak terlalu berharap dapat kembali.

“Buat masa ini, tiada tempat terdekat di Norwich menyediakan pusat memandu untuk Leo menjalani ujiannya.

“Jadi, saya memutuskan menghantarnya di Lowestoft, Suffolk.

“Saya harap dia tidak mengambil masa lama untuk menjalani ujian itu,” katanya dalam portal MetroUK.