Ketua Turus Rumah Putih positif Covid-19

Washington: Ketua Turus Rumah Putih Mark Meadows dijangkiti Covid-19, menurut laporan pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik Bloomberg.

Tidak dapat dipastikan bila Meadows dimaklumkan dijangkiti virus itu atau sama ada mengalami gejala.

Menurut sumber, Meadows memberitahu rakan sekerja yang rapat dengannya selepas pilihan raya Amerika Syarikat Selasa lalu.

Bloomberg juga melaporkan pengarah kempen Trump untuk strategi perang Nick Trainer turut diuji positif virus itu.

Pada awal Oktober, Trump dan isteri Melania Trump, dijangkiti Covid-19 selepas pembantunya Hope Hicks didapati positif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19