Komposer, konduktor Poland meninggal dunia

Warsaw: Komposer dan konduktor terkenal Poland, Krzysztof Penderecki meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Media Poland melaporkan, komposer yang terkenal dengan muzik klasik dan karya agama dan simfoni kreatif meninggal di rumahnya di Krakow, Poland.

Penderecki, yang bekerja dengan orkestra simfoni di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sepanjang kariernya meninggal dunia selepas menderita sakit sekian lama, menurut laporan itu memetik Persatuan Ludwig van Beethoven berpangkalan di Krakow yang diasaskan isterinya, Elzbieta.