Korea Selatan tambah peruntukan pembangunan vaksin

Seoul: Korea Selatan memperuntukkan AS$143 juta (kira-kira RM593 juta) untuk membantu syarikat tempatan negara itu membangunkan vaksin dan ubat Covid-19, tahun depan, lapor agensi berita Yonhap.

Selain itu, kerajaan juga akan membelanjakan AS$168 juta (kira-kira RM696 juta) untuk menggalakkan pembukaan fasiliti kesihatan bagi mengekang penyakit berjangkit.

Ketika ini, firma farmaseutikal dan saintis di seluruh dunia bertungkus-lumus untuk menghasilkan vaksin yang selamat dan berkesan untuk melawan virus itu.

Kebanyakan pakar berpendapat bahawa pengeluaran vaksin berkenaan dapat direalisasikan pada pertengahan tahun depan.

Bulan lalu, Korea Selatan membenarkan firma bioteknologi tempatan, Genexine Inc untuk menjalankan Fasa 1 ujian klinikal vaksin berpotensi terhadap manusia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19