Kosovo, Serbia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Amman: Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan pada Isnin membantah keputusan Kosovo dan Serbia untuk memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis, menyifatkan ia sebagai “pelanggaran yang jelas” terhadap undang-undang antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Daifallah Fayez berkata, keputusan itu jelas mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Beliau berkata resolusi itu jelas menyatakan Baitulmaqdis Timur adalah wilayah yang diduduki menyaksikan undang-undang antarabangsa diguna pakai.

Pada masa sama Fayez memuji kedudukan Kesatuan Eropah (EU) yang jelas membantah memindahkan kedutaan dan misi diplomatik ke Baitulmaqdis.