Lapan lelaki mati ditembak

Manila: Lapan terkorban dalam insiden tembakan di Cotabato, wilayah selatan Filipina, pada tengah hari Sabtu.

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa pihak berkuasa berkata, semua mangsa adalah lelaki dan mereka berkonvoi dengan motosikal.

Ketika ini, polis masih mengenal pasti identiti mangsa dan motif kejadian.