Larian doktor betulkan persepsi

London: Seorang doktor sanggup berlari sejauh 35 kilometer (km) semata-mata untuk membuktikan dakwaan memakai pelitup muka boleh menyebabkan masalah pernafasan adalah tidak tepat.

Tom Lawton yang bertugas di Bradford Royal Infirmary di Yorkshire membuat keputusan itu kerana terganggu dengan dakwaan berkenaan sehingga orang ramai enggan memakai pelitup muka.

Pelitup muka kini menjadi antara item wajib khususnya ketika berada di tempat tumpuan umum kerana ia antara prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, orang ramai kini hanya diberikan maklumat yang salah sedangkan memakai pelitup muka tidak menjejaskan pernafasan dan tidak menurunkan kadar oksigen di bawah 98 peratus.