Lebih 15,000 maut akibat Covid-19 di Perancis

Paris: Perancis kini menjadi empat negara yang merekodkan angka korban akibat Covid-19 melepasi 15,000 orang.

AFP melaporkan sebanyak 15,729 jumlah kematian dilaporkan di negara itu.

Selain Perancis, tiga negara lain dengan jumlah kematian melebihi 15,000 adalah Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat (AS).

AS merekodkan 26,064 angka kematian, diikuti 21,067 orang di Itali, manakala Sepanyol 18,255 kes maut.

Ketua pihak berkuasa kesihatan negara itu, Jerome Salomon berkata, dari segi jumlah jangkitan, Perancis kini merekodkan lebih 100,000 kes.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan pesakit di unit rawatan rapi menurun dalam tempoh enam hari.

Presiden Emmanuel Macron pada Isnin mengumumkan lanjutan tempoh perintah berkurung hingga 11 Mei depan selepas pelaksanaan fasa pertama pada 17 Mac lalu.

Bagaimanapun, negara itu akan melonggarkan perintah berkenaan apabila sekolah mula dibuka pada 11 Mei ini.

Bagaimanapun, universiti, bar, restoran dan pawagam masih belum dibenarkan beroperasi

#pendang Kesemua lelaki terbabit ditahan pada 9.30 malam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/566780/saja-cari-pasai