Lebih 40 juta kehilangan kerja di AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyaksikan 1.54 juta lagi individu kehilangan kerja minggu lalu, berbanding 1.89 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Jabatan Buruh berkata, jumlah keseluruhan mereka yang kehilangan kerja sejak pertengahan Mac mencecah 44.2 juta orang.

Jumlah pekerja yang menuntut manfaat kehilangan kerja terus meningkat dan menjadi rutin setiap minggu.

Ia bermula sejak langkah diambil untuk mengekang Covid-19 namun, kesannya dapat dilihat ketika ini, walaupun masih ada segelintir yang sudah kembali bekerja.