Lebih 60,000 kes baharu di AS dalam 24 jam
Washington: Amerika Syarikat (AS) merekodkan 63,643 kes baharu dalam tempoh 24 jam semalam, menurut data dikeluarkan Johns Hopkins University.
Sehingga jam 8.30 malam, 774 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.
AS adalah negara paling teruk terjejas di seluruh dunia akibat Covid-19 dengan merekodkan 133,969 kematian daripada 3.18 juta kes jangkitan.
Khamis lalu, ia mencatatkan lonjakan dengan 65,551 kes jangkitan baharu yang mana pakar bimbang akan berlaku peningkatan kematian.
Baru-baru ini, Texas dan Florida melaporkan sejumlah angka kematian akibat virus itu.
“Sebagai sebuah negara, jika anda bandingkan kita dengan negara lain, saya rasa kita belum lakukan yang terbaik,” kata pegawai atasan penyakit berjangkit, Anthony Fauci kepada laman web analisis politik FiveThirtyEight.
Namun Trump berkata, Dr Fauci adalah lelaki yang baik, tetapi beliau banyak membuat silap.
Sementara itu, Trump yang terus memandang rendah lonjakan kes Covid-19, mengunjungi Miami, kawasan yang mencatatkan kes tinggi pandemik itu untuk kempen kutipan dana dan acara lain.