Lebih sejuta kes Covid-19 di Eropah

EROPAH menyumbang lebih separuh daripada jumlah kes jangkitan Covid-19 dunia apabila merekodkan lebih sejuta kes.

Sumber rasmi AFP hari ini mendedahkan, sekurang-kurangnya 1.03 juta kes dengan 84,465 kematian menjadikan Eropah benua paling teruk terjejas wabak itu.

Secara keseluruhannya, kes jangkitan global mencecah 1.99 juta dengan 125,955 mangsa maut direkodkan setakat ini.

Data berkenaan dikumpul AFP dari pihak berkuasa dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kemungkinan hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan sebenar.

Ini berikutan kebanyakan negara hanya membuat pengujian kes paling serius saja.

Negara Eropah yang merekodkan jumlah jangkitan melebihi 100,000 kes membabitkan Sepanyol kes jangkitan mencecah 172,541 dengan 18,056 maut diikuti Itali (162,488 kes dan 21,067 maut), Perancis (143,303 kes dan 15,729 maut) serta Jerman (127,584 kes dan 3,254 maut).

Britain yang menjadi negara kes baharu harian tertinggi pula, mencatatkan 93,873 jumlah jangkitan dan 12,107 angka kematian.

p>

  • Lagi berita berkaitan Covid-19